いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, January 13, 2011

Orang Melaka

Setiap negeri di Malaysia, masing-masing ada identiti tersendiri, dari segi budaya, percakapan, pergaulan dan bermacam-macam lagi.

Misalnya, loghat perbualan seharian, dapat di bezakan loghat masyarakat di Utara Malaysia dan di Selatan Malaysia.

Contoh 1 :

1. Ayat biasa :
- Ular melingkar diatas pagar.

2. Loghat utara :
- Ulaq melingkaq ataih pagaq (macam tu kot eja die...)

3. Loghat Melaka :
- Ulau melingkau atas pagau.

Seperti di Melaka, mana-mana perkataan yang berakhir dengan huruf 'ar', akan ditukar menjadi 'au'. Nama orang pun akan ditukar sama, seperti Omar menjadi Omau, Jaafar menjadi Jaapau, dsb. Nama-nama benda seperti, seluar menjadi seluau, besar menjadi besau, keluar menjadi keluau dsb.

Uji minda :

1. Kata Akar :
- Lancar. (dalam bahasa inggeris : Launch, boleh juga disebut 'lunch' :-p)

2. Di Utara disebut :
- Lancaq

3. Di Perak :
- Lanco

4. Di Melaka :
- . . . (haaaaa korang yang cakap.. abang tak cakap... hihihih)

No comments: