いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Sunday, January 16, 2011

Gaji Mengikut PNGK


Agak terkejut bila mendengar bayaran gaji majikan kepada pekerjanya adalah mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Maksudnya kalau PNGK semasa di universiti lebih dari atau 3.00 gaji dia lebih tinggi daripada pelajar yang mendapat PNGK 2.00.

Wajarkah?

[ngek~ ngot~ nget~ ngot~ Sound effect tape rewind]

Situasi 1 :
exam, pelajar saling tiru-meniru... dan akhirnya mendapat PNGK yang baik... hmmmm

Situasi 2 :
Teori tak sama dengan praktikal, dalam teori banyak istilah yang digunakan sehingga pelajar kadang-kala pening. Contoh, dalam networking :

Teori - "server point to router then bla... bla... bla..." (dengar macam susah)

Praktikal - cucuk wayar je pun..

Situasi 3 :
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, pelajar yang mendapat PNGK 3.00, tak ada la hebat mana pun bila berada di alam pekerjaan. Bila disuruh buat ni(yang berkaitan dengan apa yg dia study)... "tak tahu", bila disuruh buat tu... "hasilnya tak seperti seorang yang pernah mendapat dean list" hmmmmm...

Kesimpulannya, mengikut pendapat saya, adalah tidak wajar jika gaji dibayar mengikut PNGK. Saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan pernah dengar "pengalaman adalah guru yang terbaik berbanding buku". Oleh itu janganlah kerana PNGK, kakitangan yang lebih berpengalaman serta performed, 'ditindas'.

p/s : Paksi teori berkadar langsung dengan paksi praktikal.

5 comments:

msaifuddin said...

mana ko dengar teori ni?
tapi aku rasa tanpa teori ni pun, benda tu memang jadi jugak..bebudak pandai misti dapat kerja bagus2..bila dah dapat kerja bagus2, misti gaji pun bagus..yang kurang cerdik, ikut nasib la..apa nak hairan..kalau ko jadi majikan pun, ko buat benda yg sama jugak..

M Saufi A R said...

untuk fresh graduate.... gaji ikut pointer.... nope.... syarikat mesti ada skim gaji untuk pekerja baru. then setiap tahun kenaikan mengikut prestasi kerja. Tu kalau syarikat aku la. syarikat ko plak macam mana din? hehehe

msaifuddin said...

aku belum ada syarikat...kalau aku ada syarikat, aku buat style environment google. hehe.

M Saufi A R said...

wow! best giler, aku kerja ngan ko je la nanti hehehe gaji camner? ikut pointer ke? hahahaha

msaifuddin said...

gaji ikut suka aku la..aku bos..wkwkwk