いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Friday, February 18, 2011

Kekasihku Seorang Inspektor


Macam tajuk cerpen . . .

tapi . . .

inilah realitinya . . .

tugas menjaga negara sepatutnya dipikul oleh lelaki, tetapi, lelaki pula tidak layak diterima atas faktor fizikal . . .

kenapa anda gelak?


p/s : gambar tgh ukur panjang rambut tepi...

Wednesday, February 16, 2011

Tahniah Buat Norlydiawaty Saji

Jutaan tahniah diucapkan kepada Norlydiawaty Saji yang telah ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Inspektor Polis Di-Raja Malaysia(PDRM).

hmmmm... nanti dia mesti buat macam ni bila aku buat hal... tak per aku masih boleh tepis...



Tapi jangan a buat macam ni kat saya... ok... ok... saya tak nak cari pasal lagi k... :-p

Friday, February 11, 2011

Tolak Tawaran

Akhirnya aku telah menolak tawaran untuk berkhidmat di bawah Kerajaan Negeri Melaka sebagai Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41 atas faktor-faktor yang telah dipertimbangkan dengan sangat berhati-hati.
Mungkin bukan rezki aku di situ, harapanku agar keputusan ini tidak menyebabkan aku tersalah langkah.

Wednesday, February 9, 2011

Selepas 2 Tahun

Sedar tak sedar, hari ini 9 February 2011 adalah ulang tahun ku yang ke 2 di tempat kerja ku sekarang ni. Banyak pengalaman yang telah ku timba sepanjang berada di sini. Begitu juga kejayaan demi kejayaan dicapai yang agak boleh dibanggakan oleh rakyat Melaka. Tidak kurang juga tangga demi tangga aku jatuh.

Hari ini juga aku telah ditawarkan bekerja di Bawah Jabatan Ketua Menteri Melaka. Alhamdulillah... Terima atau tidak? tunggu sahajalah keputusannya esok.

p/s : mungkin belum masanya aku tulis post ni, dalam keadaan yang pening.

Monday, February 7, 2011

Interlok : Selepas 40 Tahun

Baru-baru ni kecoh pasal sebuah karya sasterawan negara Abdullah Hussain, Interlok. Rasa nak ketawa pun ada, entah apa-apa je diorang ni. Adakah kerana malu dengan sejarah sendiri atau takut pada kebenaran atau suka mencari publisiti murahan atau sekadar menguji kekuatan 1 Malaysia??

Nak dijadikan cerita, aku membesar bersama rakan-rakan yang lain, ketika aku masuk sekolah menengah, mereka terus membesar dan aku tiada perubahan, kerana itu mereka menggelarkan aku 'si pendek'. Sejak dari itu aku sangat sensitif dengan perkataan 'Pendek'. Sekarang aku dah jadi Perdana Menteri dan aku haramkan perkataan 'Pendek' dalam buku teks sekolah. (contoh ye...) See, setelah beratus-ratus tahun orang guna perkataan tu untuk merujuk kepada sesuatu, misalnya sifat, sistem, organisasi, tempat(kata nama khas) tiba-tiba diharamkan. Sedangkan yang terasa ni sorang je, berpunca dari sejarah hidupnya, itupun selepas 30-40 tahun. Kes terpencil beb.

Ahad lepas, tertarik dengan sebuah artikel dalam Mingguan Malaysia. Pengarang tak pasti, tak dinyatakan dalam Utusan Malaysia Online.

* * *

Kebaikan Interlok terjejas oleh blow up

Jelas sekali, Interlok berasal daripada perkataan Inggeris, Interlock - tanpa abjad 'c'. Kamus Oxford memberikannya dua erti: 1. Memadankan antara yang satu dengan yang lain, dan 2. Kain tenunan mesin yang berjahitan halus. Saya lebih cenderung memilih pengertian pertama memandangkan jalan cerita novel ini berligar sekitar penyesuaian hidup rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa dan kaum serta pelbagai budaya.

Novel ini ditulis dalam tahun-tahun 1970-an. Segalanya terunjur kepada hakikat bahawa pengarangnya, Dato' Abdullah Hussein, telah menyulamkan pengalaman sebelum dan selepas Tragedi 13 Mei, 1969 ke dalam novel ini. Pada ketika itu pun Dato' Abdullah adalah seorang yang sudah berkecimpung lama dalam dunia penulisan. Beliau telahpun melahirkan novel-novel, cerpen-cerpen serta 'genre' yang lain, termasuk penskripan filem.

Empat puluh tahun dulu RTM telah menjadikan beberapa drama daripada novel-novelnya. P. Ramlee sendiri pernah berlakun dalam salah sebuah drama itu. Dalam penulisan cerita, baik berbentuk novel, cerpen atau skrip (untuk pentas, filem, TV dan radio), seseorang pengarang bukan menulis seperti mencatat fakta sejarah atau pengolahan angka dan data.

Dia mengolah jalan cerita dengan menggunakan daya imaginasi yang menerawang. Kiranya pengolahan terkeluar liar daripada realiti alam semesta ini, jadilah seperti Harry Potter; jika ditolak oleh pihak-pihak tertentu, jadilah dia seperti Anna and The King of Siam; jika ianya menimbulkan kontroversi lantang, jadilah dia Nixon. Walau apapun, ianya tetap sebuah karya seni, atau work of art.

Malahan dua fiksyen yang dijadikan filem, Casablanca dan Godfather, yang dianggap sebagai dua buah daripada 10 filem terbaik dalam sejarah perfileman dunia, mengandungi campuran fakta dengan fiksyen, yang tidak boleh lari daripada dikecam hebat. Dalam persajakan, terdapat konsep poetic licence. Seorang karyawan seolah-olah mempunyai lesen untuk berfiksi seluas mungkin.

Mereka yang pernah belajar karya Shakespeare di sekolah menengah Inggeris hingga awal 1960-an tentu tahu bahawa The Merchant of Venice (Saudagar Venice) dan The Taming of the Shrew (Menjinakkan Si Rakus) adalah karya-karya anti-Yahudi. Mengenangkan segalanya itu, orang-orang Yahudi dan Israel lebih bersikap melupakannya saja dengan tidak menjadikannya isu, takut kalau-kalau orang Anglo-Saxon, iaitu darah Inggeris dan peneroka awal Amerika, akan rasa tersinggung.

Shakespeare ialah rujukan ala-Tuhan kepada intelektualisme mereka. Manakan tidak, orang yang melaungkan syor agar ditubuhkan sebuah negara Yahudi yang kini bernama Israel ialah Menteri Luar Britain, bernama Balfour, 90 tahun dulu. Bukan itu saja, Presiden Amerika Syarikat Harry S. Truman pula adalah di kalangan pihak yang pertama mengiktiraf penubuhan Israel dan bertanggungjawab menjadikannya anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Oleh itu untuk mempertikaikan keunggulan Shakespeare adalah umpama satu tempelak kepada Anglo-Saxon. Menjolok sarang tebuan adalah sesuatu yang sayup daripada minda Yahudi, apalagi apabila memikirkan tentang kontroversinya dengan dunia Arab dan tidak kurang dunia Islam pada umumnya.

Dalam seni fotografi, ada istilah yang dikenali sebagai blow-up, iaitu proses menjadikan satu objek kenit dalam sebuah gambar sebagai objek utama yang besar dalam gambar lain. Kebetulan pula, terdapat sebuah filem ikon Inggeris yang dibuat dalam tahun 1966 bertajuk sama, Blow Up. Lokasinya ialah London. Ia mengesahkan seorang jurugambar yang suka mengambil gambar di sana sini. Suatu hari di bilik gelapnya, dia ternampak satu mayat di lokasi sut dalam gambarnya. Dia amat terkejut.

Lalu dia membuat blow up pada mayat itu. Sepanjang masa dia percaya satu pembunuhan telah berlaku di taman di mana gambar itu diambil. Selepas itu filem Blow Up itu berligar di sekitar blow up tersebut. Beliau beberapa kali berkunjung di tempat mayat itu, tetapi tidak ada kesan pun bahawa ada mayat yang pernah terlantar di situ. Ini membuktikan apabila sesuatu yang kecil diperbesarkan, maka hasilnya menjadi tidak bertepatan, yang remeh menjadi inti. Keindahan taman diatasi oleh mayat yang entah berentah.

Dari Hollywood, terdapat dua buah filem yang meletakkan kaum 'negro', kini dipanggil blacks, di tahap yang menjejaskan hemah mereka, iaitu Gone With The Wind (GWTW), dibuat dalam tahun 1939, dan To Kill A Mockingbird (TKAM), dibuat dalam tahun 1962. Kedua-duanya dipadankan daripada novel yang berkualiti tinggi.

GWTW berlatarbelakangkan zaman pengabdian di Amerika dalam abad ke-19, ketika Perang Saudara berlaku. Di sana-sini dalam novel itu rujukan kepada 'negro' atau 'nigger' sebagai kaum abdi didapati, baik dalam pengolahan mahupun dalam dialog. Pengarangnya, Margaret Mitchell, berkata, beliau hanya menceritakan realiti hidup waktu itu. Ia tidak langsung mencerminkan mentalitinya. Orang di Atlanta, tempat kelahirannya, sedar bahawa keluarganya secara tradisi bukan anti-negro.

TKAM pula dijadikan filem pada tahun 1962. Hero filem ini, pelakun kacak Gregory Peck, memenangi Oscar sebagai aktor terbaik. Suatu ketika dulu novel TKAM ini dianggap sebagai satu bahan bacaan panas, tegasnya amat rasial, tetapi kini ianya dibenarkan menjadi bacaan di sekolah. 'Mockingbird' ialah sejenis burung di selatan Amerika yang boleh mengajuk-ajuk suara burung lain. Sindiran ini ialah bermaksud merendahkan hemah 'negro' yang berani memperlekehkan orang kulit putih.

Dalam Interlok, terdapat rujukan kepada 'pariah'. Perkataan ini sebenarnya mendapat tempat dalam perbendahaan kata-kata Inggeris, lebih-lebih lagi dalam jurnalisme. Kamus Oxford memberikan makna 'orang tersisih' (outcast) untuk 'pariah'. Dari pandangan majoriti dunia, negara-negara Myanmar dan Korea Utara serta sebuah dua negara lagi adalah 'pariah' kerana amalan pemerintahan yang tidak mengikut piawaian global.

Istilah 'pariah' juga terdapat dalam tulisan-tulisan pengarang India dan pegawai-pegawai kolonial British di Malaya. Sistem kasta di India yang suatu ketika dulu amat nyata adanya bertanggungjawab memperluaskan pemakaian istilah ini. Di TV Amerika suatu ketika dulu, istilah 'pariah' dijadikan satu pertanyaan dalam satu program quiz. Pengerusi program itu lalu memberikan pengertiannya dengan panjang lebar berdasarkan pengalamannya tinggal di India.

Ada satu lagi istilah yang dianggap negatif ialah 'keling'. Saya ada beberapa orang sahabat yang 'bin'nya Keling. Salah seorang ialah professor terkemuka. Ianya biasa saja, baik dari segi sebutan mahupun dari segi penghormatan. Malahan ianya tiada beza dengan mana-mana 'bin' lain. Dalam kes pembunuhan 'Ratu Cantik' India dalam tahun 1978, defendan, seorang guru keturunan Indian, menggunakan ungkapan 'some keling' (atau, ada keling) sebagai pembunuh rambang.

Buku-buku, filem-filem, dan nukilan hidup yang sebenar seperti yang disebutkan di atas menunjukkan bahawa memberikan fokus dan perhatian kepada tema utama adalah lebih bererti daripada blow up perkara-perkara tersisih dan terpencil. Biarkan kewajaran menjadi inti dan sebarang perkara yang tidak relevan dikuakkan ke tepi. Sama-samalah hidup semahu dan sebaik mungkin. Inilah kehormatan yang paling murni kepada Dato' Abdullah Hussein yang kini berusia hampir 90 tahun - abang Tan Sri Prof. Ismail Hussein - yang telah menghabiskan sebahagian besar kehidupannya menulis berterusan sejak pra-Perang Dunia Kedua lagi.

* * *

Harapan penulis, agar keaslian Interlok dapat dikekalkan. Jika penulisan karya ini digubah walaupun sedikit, sudah pasti akan ada karya-karya sasterawan negara yang lain akan dibakar suatu hari nanti.

p/s : Karya agung, Al-Quran, isinya kekal hingga kiamat.

Friday, February 4, 2011

Amethyst (re-post)

I dedicate this song special for Norlydiawaty Saji. Happy birthday my love. You're always a whisper away...



Amethyst
Lyrics & Music by Yoshiki (X Japan Drummer, Pianist, Musicion, Composer)

You are only a whisper away
But I can’t touch your heart
If the words aren’t enough to bet your soul
I’ll give you the moon

You are always shining sun or rain
Like a violet stone
I close my eyes but you never fade
But you never disappear

I feel alone
Can’t you see me standing on the verge of blue?
I’ll be watching all the stars till they are gone
Should I know nothing could make me kiss you less?

Oh I’ll be waiting for you to tell me what is love
I don’t know how to be loved, how to be by your side
Morning lights shine in my room
I’m holding dreams of you
It may take no less than this pain
But I can’t stop loving you

Feel my heart
You have never know that you have all of me
Every time I see you I’m falling in love
I can live or I can’t live without you

Oh I’ll be waiting for you to tell me what is love
I don’t know how to be loved, how to be by your side
Morning lights shine in my room
I’m holding dreams of you
It may take no less than my life
But I can’t stop loving you

Wednesday, February 2, 2011

Gong Xi Fa Cai


To all Malaysian :-)

p/s : last time i said this year is year of fish, because of the ang pow envelope got fish image. hahaha -.-'

Tuesday, February 1, 2011

New Environment

Sempena bulan February yang sangat bermakna ini, aku telah menambahkan masa loading blog aku dengan meng'embed' widget2 yang berguna. Perubahan yang paling ketara dapat kita lihat pada header dan footer blog ini.



Rajah 1 : Header

Seperti yang tuan puan lihat, ada gambar kampung halaman kat sebelah atas, itu adalah widget cuaca, ianya sangat menarik dan berguna untuk para pelancong. Dibawah sebelah kiri pula ada shout box, di mana para pengunjung bisa berbicara dengan saya. Dibawah shout box pula, terdapat peta lokasi tempat-tempat menarik yang pernah saya kunjungi, dan akan sentiasa dikemaskini dari masa ke semasa. Di sebelah atas kana pula terdapat Poll (undian anda) dan anda digalakkan untuk menjawab soalan tersebut supaya mudah bagi pihak kami membuat perangkaan dan statistik undian pengunjung.

Rajah 2 : Footer

Pada footer blog ini terdapat akuarium. dahulunya akuarium ini cuma terdapat seekor ikan sahaja kesan dari 'musim tak ada ikan' yang lepas. Kini, ikan sudah ada dua, maknanya faham2 je la.. hehehe kini pemilik blog ini sudah mula berani, beliau telah membela ikan jerung, paus, dolphin dan nemo.

Site map juga terdapat pada bahagian bawah sebelah kiri, disebelah kanan pula informasi tentang pemilik blog ini, tidak lupa juga 2 ekor kura-kura yang setia menjaga blog ini sejak blog ini ditubuhkan padal awal 2009. Tahniah.

p/s : cantiknya...

Monday, January 31, 2011

Keledek

Background Music : Love Story


Mari Deklamasi Sajak

Tajuk : Keledek
Nukilan : Katek

Keledek,
Sungguh manis isimu,
manis lagi janjimu.

Keledek,
Engkau sejenis ubi,
Tanam batang engkau bisa tumbuh,
Bagai air dicurah kedaun keledek,
Tidak meninggalkan kesan.





Keledek,
Engkau sungguh beruntung,
dimakan oleh Ah Tong,

Keledek,
dalam diam kau berisi,

Keledek,
Ketika kecil engkau comel,
bila besar,
engkau sudah pandai jalan,
dan bisa berlari-lari anak,
Pipi berjerawat dahi licin.

Sudah menjadi lumrahmu,
wahai secangkir keledek.

p/s : Bila nak Jam?

Tolong Ingatkan Aku

Hari tu tengok ulangan Juara Lagu. Ana Rafali kena 'boo' ngan audience. Yg sedih tu, selepas penganugerahan tu, kerusi dah kosong.. ish ish ish Kenapa ek?

Best apa lagu ni, melodi sedap didengar, n lirik dia pun best. boleh jadi evergreen lagu ni.. To Ana Rafali : Keep moving forward!



Jangan disusun kata-kata penamat
Jangan disebut baris ayat keramat
Biar lenyap diserap sunyi
Biar senyap yang tak menyepi

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa

Mari patahkan papan markah lama
Mari padamkan buku tiga lima
Biar luka sembuh sendiri
Biar lupa dimakan hari

Tolong ingatkan aku
Kisah kau tersedar
Dengan saku penyeluk masa
Kau dampingi aku
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Bila marah merasuk minda
Kecewa menyelubungi jiwa
Aku lupa

Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa
Ku teringatkanmu
Setiap detik jantungku berdetak
Setiap nota jiwaku berlagu-lagu

Tolong ingatkan aku kisah kita
Tolong ingatkan aku
Kisah ku tersedar
Dengan kasih memeluk rasa

Tolong ingatkan aku
Kisah kita


p/s : hari tu saya masuk hospital, saya makan pakai kaki, nurse tanya saya kenapa makan pakai kaki? SAYA LUPA!! saya lupa saya ada tangan. hehehe

Tuesday, January 25, 2011

Time To Say Goodbye



Pernah dengar tak lagu ni? Kalau perasan ada dalam iklan Ferrero Roche. Tak tahu lagu ni lagu sedih ke ape... tapi layan beb...

Time To Say Goodbye
----------------------------

Quando sono solo
Sogno all'orizzonte
E mancan le parole
Si lo so che non c'?luce
In una stanza
Quando manca il sole
Se non ci sei tu con me, con me.
Su le finestre
Mostra a tutti il mio cuore
Che hai acceso
Chiudi dentro me
La luce che
Hai incontrato per strada

Time to say goodbye
Paesi che non ho mai
Veduto e vissuto con te
Adesso si li vivro.
Con te partiro
Su navi per mari
Che io lo so
No no non esistono piu
It's time to say goodbye.

Quando sei lontana
Sogno all'orizzonte
E mancan le parole
E io si lo so
Che sei con me con me
Tu mia luna tu sei qui con me
Mio sole tu sei qui con me
Con me con me con me

Time to say goodbye
Paesi che non ho mai
Veduto e vissuto con te
Adesso si li vivro.
Con te partiro
Su navi per mari
Che io lo so
No no non esistono piu
Con te io li rivivro.
Con te partiro
Su navi per mari
Che io lo so
No no non esistono piu
Con te io li rivivro.
Con te partiro
Io con te.


English Translation
----------------------

When I'm alone
I dream on the horizon
And words fail;
Yes, I know there is no light
In a room
Where the sun is not there
If you are not with me.
At the windows
Show everyone my heart
Which you set alight;
Enclose within me
The light you
Encountered on the street.

Time to say goodbye,
To countries I never
Saw and shared with you,
Now, yes, I shall experience them,
I'll go with you
On ships across seas
Which, I know,
No, no, exist no longer;
With you I shall experience them.

When you are far away
I dream on the horizon
And words fail,
And yes, I know
That you are with me;
You, my moon, are here with me,
My sun, you are here with me.
With me, with me, with me,

Time to say goodbye,
To countries I never
Saw and shared with you,
Now, yes, I shall experience them,
I'll go with you
On ships across seas
Which, I know,
No, no, exist no longer;
With you I shall re-experience them.
I'll go with you
On ships across seas
Which, I know,
No, no, exist no longer;
With you I shall re-experience them.
I'll go with you,
I with you.

Fernandes MG Series

I'm looking for this guitars..













I really want it..




My heart palpitate seeing this guitars.. Where to find it in Malaysia?














p/s : My mom said, "Jangan nak beli benda-benda ni, kumpul duit untuk kawen"

Monday, January 24, 2011

Kawan Setia - Dj Dave

Pagi ni, dengar radio, ketika berlambak lagu-lagu cinta berkumandang di radio-radio dan menjadi siulan, tiba-tiba Radio Melaka FM memutarkan lagu ini. Pertama kali dengar terus terpaut dengan lirik lagu yang ringkas dengan mesej yang jelas.

Sukarnya mencari kawan yang setia
Yang sanggup menolong di masa kau susah
Kawan waktu senang tak payah kau cari-cari
Di mana saja mudah kau jumpa

Kawan yang setia ibarat cahaya
Menjadi penerang masa kegelapan
Dia tak tergamak biarkan engkau sendiri
Nasibmu pasti akan dibela

Pengalamanku di masa yang telah lalu
Buatku sedar tentang hidup ini
Waktuku senang ramai teman-teman dan saudara
Tapi bila aku susah mereka menjauh

Di mana agaknya dapatku temui
Kawan yang setia yang berhati suci
Sanggup membimbingku
Memberi semangat baru
Agarku dapat teruskan jalan hidup

p/s : aku ada kawan setia?

Tuesday, January 18, 2011

Uji Minda

haaa cuba tgok apa kelainan dalam blog ni?

* * * (tak da respon)

teeettt! masa dah tamat... ok tak pa i bagi peluang lagi. cuba tengok apa kelainan yang ada dalam blog ni?

* * * (masih tak ada respon)

alahai...... tak ada orang view blog aku ni ke~ {TT}

background dah tukar la... sebelum ni gambar taman, skang dah zoom out skit, keluar kerak bumi. Sebagai simbol pandangan yang luas dan jauh sempena tahun baru ni.

Ayah

Ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku

terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan

walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian

ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan

terpancar kebanggaan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan

tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....

Selamat Hari Lahir buat ayahanda tercinta, Ab Rahim Ab Samad, semoga dimurahkan rezki dan sentiasa sukses dalam perniagaan.

Sunday, January 16, 2011

Gaji Mengikut PNGK


Agak terkejut bila mendengar bayaran gaji majikan kepada pekerjanya adalah mengikut Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK). Maksudnya kalau PNGK semasa di universiti lebih dari atau 3.00 gaji dia lebih tinggi daripada pelajar yang mendapat PNGK 2.00.

Wajarkah?

[ngek~ ngot~ nget~ ngot~ Sound effect tape rewind]

Situasi 1 :
exam, pelajar saling tiru-meniru... dan akhirnya mendapat PNGK yang baik... hmmmm

Situasi 2 :
Teori tak sama dengan praktikal, dalam teori banyak istilah yang digunakan sehingga pelajar kadang-kala pening. Contoh, dalam networking :

Teori - "server point to router then bla... bla... bla..." (dengar macam susah)

Praktikal - cucuk wayar je pun..

Situasi 3 :
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian, pelajar yang mendapat PNGK 3.00, tak ada la hebat mana pun bila berada di alam pekerjaan. Bila disuruh buat ni(yang berkaitan dengan apa yg dia study)... "tak tahu", bila disuruh buat tu... "hasilnya tak seperti seorang yang pernah mendapat dean list" hmmmmm...

Kesimpulannya, mengikut pendapat saya, adalah tidak wajar jika gaji dibayar mengikut PNGK. Saya yakin, tuan-tuan dan puan-puan pernah dengar "pengalaman adalah guru yang terbaik berbanding buku". Oleh itu janganlah kerana PNGK, kakitangan yang lebih berpengalaman serta performed, 'ditindas'.

p/s : Paksi teori berkadar langsung dengan paksi praktikal.

Friday, January 14, 2011

Hantu Mak Limah Mengganas

Hantu Mak Limah mengganas di kantor.

MITC - 12 Januari, Hantu Mak Limah telah mengganas di kantor tanpa disedari oleh Upin, Ipin dan Badrol yang sedang asyik leka dengan kecanggihan komputer.

Thursday, January 13, 2011

Orang Melaka

Setiap negeri di Malaysia, masing-masing ada identiti tersendiri, dari segi budaya, percakapan, pergaulan dan bermacam-macam lagi.

Misalnya, loghat perbualan seharian, dapat di bezakan loghat masyarakat di Utara Malaysia dan di Selatan Malaysia.

Contoh 1 :

1. Ayat biasa :
- Ular melingkar diatas pagar.

2. Loghat utara :
- Ulaq melingkaq ataih pagaq (macam tu kot eja die...)

3. Loghat Melaka :
- Ulau melingkau atas pagau.

Seperti di Melaka, mana-mana perkataan yang berakhir dengan huruf 'ar', akan ditukar menjadi 'au'. Nama orang pun akan ditukar sama, seperti Omar menjadi Omau, Jaafar menjadi Jaapau, dsb. Nama-nama benda seperti, seluar menjadi seluau, besar menjadi besau, keluar menjadi keluau dsb.

Uji minda :

1. Kata Akar :
- Lancar. (dalam bahasa inggeris : Launch, boleh juga disebut 'lunch' :-p)

2. Di Utara disebut :
- Lancaq

3. Di Perak :
- Lanco

4. Di Melaka :
- . . . (haaaaa korang yang cakap.. abang tak cakap... hihihih)

Tuesday, January 4, 2011

2011

Selamat Tahun Baru!

Happy New Year!

あけましておめでとう!


Azam tahun lepas telah pun ditunaikan, iaitu mendapat seorang teman istimewa ehem3 hehehe.. so azam tahun ni ialah.......

KURUS!

p/s : saje warnakan hijau, sempena Melaka Maju 2010 bertemakan, Bandar Teknologi Hijau.