いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Tuesday, November 2, 2010

Software Testing

http://www.mstb.org/

Pada 18 - 19 Oktober yang lepas, saya berpeluang untuk mengikuti satu persidangan Software Testing. Alhamdulillah, dapat berjumpa dan kenal dengan orang-oang yang sama dalam bidang IT. Selain dari bertukar cerita dan perniagaan, saya bertanya, pendapat mereka tentang Software Testing di Malaysia, sejauh mana relevannya usaha untuk mewujudkan Software Testing di Malaysia ini memandangkan mereka sudah hampir 20 tahun berkecimpung di dalam bidang IT.

Mereka berpendapat bahawa Software Testing di Malaysia seolah-olah tidak relevan dan mereka seolah-olah menyatakan bahawa, Software Testing tak ada pun tak apa. Kenapa? Salah satu jawapan yang paling rasional ialah, TRUST.

Apabila sesuatu sistem itu di hantar untuk diuji, pelbagai perkara boleh berlaku. Salah satunya ialah pencurian source code. Kronologinya ialah, selepas pihak yang menjalankan Software Testing mendapat source code, mereka akan copy, dan tukar antaramuka(interface) sistem itu sehingga nampak sistem itu adalah miliknya, kemudian menjualnya di pasaran dan boleh menyebabkan pihak pertama rugi.

Persoalannya, bagaimanakah untuk menjadikan Software Testing berjaya, diterima dan dikenali oleh semua golongan masyarakat di Malaysia?

No comments: