いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, July 29, 2010

Kereta Dilanggar Ketika Parkir

Jumaat lepas, saya telah ke pejabat lebih awal dari hari-hari biasa. Boleh dikatakan, saya adalah orang pertama yang telah sampai ke pejabat. Tempat letak kereta kosong. Lalu, saya pun meletakkan kereta mengikut ruang yang telah disediakan. Kemudian, setelah yakin bahawa kereta ditinggalkan dalam keadaan selamat, saya ke ruang pejabat saya dengan hati yang gembira serta riang ria dan sentosa untuk melaksanakan tugasan yang masih tertanuh.


Jam 1.00 petang

Saya ke masjid untuk menunaikan fardhu jumaat dengan berjalan kaki. Kereta, tidak sedikit pun di pandang, walaupun saya melalui tempat parkir kereta saya.


Jam 3.00 petang

Ada mesyuarat di Kota Cemerlang, saya dan saudara Khairil ke tempat parkir kereta saya. Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati kesan calar pada tempat isi minyak beserta cat warna putih. Siapa punya angkara ini? Astaghfirullahalazim... saya menunjukkan kesan calar tersebut kepada Khairil untuk pengesahan, dan Khairil mengesahkan bahawa kereta saya telah dilanggar. Perasaan saya menjadi marah bercampur sedih melihat kesan calar itu. Saya bertanya kepada Khairil, "Ada CCTV tak kat parking ni?." Kata saya. "Ada." Jawab Khairil. Saya meminta untuk melihat rakaman litar tertutup yang telah di pasang di tempat itu bagi tujuan pengecaman suspek, selepas mesyuarat selesai. Khairil juga ada memberitahu macam ada minyak pada kesan calar tersebut.


Jam 5.00 petang

Selepas mesyuarat selesai, kami segera kembali ke pejabat untuk melihat rakaman litar tertutup. Alangkah terkejutnya apabila mendapati rakaman litar tertutup disitu tidak menghala kearah parkir kereta saya. Saya bertanya kepada Ezza (bukan nama sebenar) kos untuk cat kenderaan. Beliau pernah mengecat pintu keretanya dengan kos RM300.


Jam 6.00 petang

Saya menaiki kereta untuk pulang ke rumah. saya singgah di pondok pengawal untuk bertanya kalau-kalau mereka ada ternampak siapa-siapa yang melanggar kereta saya. Mereka tidak tahu, mendengar atau melihat kereta saya dilanggar oleh kereta siapa-siapa. Mungkin sudah malang. Pengawal sempat menggosok tempat berkenaan dan mencadangkan, jika di 'polish' kesan langgar tu boleh hilang.


Jam 6.30 petang

Sepanjang perjalanan pulang, terbayang wajah-wajah yang menakutkan jika saya memberitahu kereta saya dilanggar. Setibanya dirumah, sekali lagi saya membelek-belek kesan kereta dilanggar. Tiba-tiba.... saya telah mendapati.... bahawa.... itu bukan kesan dilanggar kereta... tetapi... tahi burung... **pengsan


Terpecah gelak bila teringat beberapa kata kunci sepanjang hari tu iaitu 'RM300', 'Polish' dan 'CCTV'.....semuanya gara-gara tahi burung hahahahahahAHAHAHAHAHAHA XD


**sigh dato' L

P/S : Bila la agaknya kereta saya nak sampai ya...