いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, March 11, 2010

Terlajak Perahu Bisa Diundur, Terlajak Kata...?

Sejak, dua menjak ini banyak perkara yang telah berlaku di Bumi Bertuah ini.
Mereka berkata-kata seolah-olah, tidak berfikir dahulu sebelum bertindak. Natijahnya, diri sendiri dan keluarga mendapat malu, dan akan dikenang sampai bila-bila.
Pada suatu ketika dahulu, kita menggunakan istilah Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mereka yang istimewa. Kini, OKU ditafsirkan sebagai Orang Kelainan Upaya. Menyebut sahaja nama ini, membuka minda saya untuk berfikir, perkataan-perkataan mampu untuk mengubah sesuatu persepsi.
Sebagai contoh OKU, kita ambil huruf 'K' = Kurang. sebut dan hayati, 'orang kurang upaya', insan istimewa itu seolah-olah tidak mampu membuat sesuatu dan suka meminta tolong kerana 'kurang upaya'. Tetapi jika kita tukar 'K' = kelainan. sebut dan hayati, 'Orang Kelainan Upaya', jika anda fahami, secara tidak langsung kita menganggap, mereka BOLEH dan MAMPU untuk melakukan apa yang insan biasa mampu lakukan, mengikut keupayaan masing-masing yang berlainan. Mereka bukannya tidak boleh, tapi cara mereka barlainan.
Justeru itu, adalah disarankan agar kita tidak memandang rendah keupayaan mereka, sentiasa memberi peluang kepada mereka, sesungguhnya mereka mampu untuk berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan insan biasa. Mungkin juga, mereka mampu untuk berdiri lebih tinggi dari anda. :-)
Sedang asyik mengelamun memikirkan perkataan-perkataan yg mampu mengubah persepsi. Diri ini yang agak prihatin dengan isu politik semasa tanah air, sekadar berangan, jika perkataan 'Pembangkang' itu ditukar kepada perkataan yang lebih elok dan lembut jika didengar. Tidak dinafikan kehadiran pembangkang sebagai "Check and Balance" sesuatu organisasi itu. tetapi apa yang berlaku hari ini, agak keterlaluan. Mengapa mereka sanggup melakukan itu? adakah sebab kerana mereka disebut 'Pembangkang'?
Ini hanyalah pendapat peribadi yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Perkataan pembangkang itu jika disebut, seolah-olah 'jahat'(kalau asyik bangkang je, perbicaraan pun sampai bila-bila pun x habis). Jika kita tukar kepada bahasa Inggeris, Pembangkang = Opposite. erm.... bagaimana pula jika kita tukar nama Pembangkang kepada ??????????.
Anda ada idea?

1 comment:

Awan said...

ape yg tlah berlaku???