いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Saturday, March 6, 2010

Old Town White Coffee

Sejak dua menjak ni, memang agak popular nama Old Town ni. Kalau di facebook pun, saya boleh lihat status-status, rakan-rakan atas talian saya yang bercerita mengenai kelazatan makanan di sana, sehinggakan saya bertanya, "menu apa yang korang rekemen?". Maksudnya nak pergi makan sana la. Saja nak cuba-cuba. Selang beberapa hari, (ni belum pergi Old Town lagi ni) saya terbaca pada status Yahoo Messengger seorang rakan yang membuatkan saya terperanjat iaitu "Old Town Tidak Halal".
Oh my goat! is it true? tanpa berlengah masa, terus je bertanya pak cik Google, dan beberapa senarai keluar, maksudnya macam bende ni dah lama. dan satu link ini betul-betul memeranjatkan saya, selaku Rakyat Malaysia. (http://blog.mixterr.com/old-town-white-coffee-anti-islam-tidak-halal/) Saya terjumpa ini.

Kemudian, saya terus ke web site Old Town, memang best web site dia. Terus mencari link feedback. bila dah jumpa terus bertanya, mengenai status halal dan masalah perkauman. Dan petangnya, pihak Old Town telah menjawab soalan saya. (nama dan alamat e-mail dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). di sebabkan email diatas, masih belum menjawab pertanyaan saya mengenai status halal Old Town, saya bertanya lagi mengenai status halal Old Town. dan dalam beberapa minit, pihak Old Town membalas e-mail saya. Adakah segala persoalan telah terjawab mengenai status Halal Old Town? Saya sendiri tak berani nak komen. berikut adalah 'printscreen' sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) yang diambil dari web site Old Town. http://www.oldtown.com.my/ Artikel ini ditulis semata-mata untuk berkongsi pengetahuan. Untuk menjatuhkan atau menyokong mana-mana pihak, jauh sama sekali. Menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

2 comments:

Ijanz Nazrio said...

chip..xdapat tengok gambar2 yang ko post..kecik sangat...

M Saufi A R said...

maaf ya, printscreen ni sume dalam format PNG, tak boleh besarkan. Let see what i can do.