いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Friday, March 26, 2010

REUNION

Selalunya kita dengar perkataan reunion, boleh juga ditafsirkan, perjumpaan semula. Biasanya anak-anak muda masa kini gemar untuk mengadakan reunion untuk mengeratkan semula ukhuwah yang pernah terjalin suatu masa dahulu, dan rata-rata mereka belajar ditempat yang sama seperti Universiti, kolej ataupun sekolah menengah.

Pada hari ini, pertama kali saya mendengar, reunion tadika, maksudnya reunion bersama kawan-kawan ketika di sekolah tadika. Sangat menarik bunyi dia, secara tidak langsung memanggil saya untuk mengimbau kenangan ketika di tadika.

***flashback***

hari pertama di tadika, murid-murid dilekakan dengan permainan-permainan yg menarik.. ibu bapa berdiri diluar memerhatikan anak-anak mereka dengan senyuman.. waktu tu, tak duduk lama, sekejap je, pastu ikut ayah balik. hehe.

suatu hari di tadika, dibuli oleh seorang budak lelaki, bernama Anas (mentang-mentang dia badan besar, at that time, macam Giant buli Nobita(which is me.. hehe..)) .. balik rumah macam biasa, mengadu kat ayah.. esok superhero(ayah) datang tadika sound Anas.. haha! pastu Anas tak kacau lagi dah.. haha! wweekk~ tau takot... haha!

ada seorang lagi yg aku ingat, dipanggil Eddy, time tu dia la yg pndai melukis, dia lukis kereta.. time tu saya belum pandai melukis lagi, kalau lukis pun, landasan kereta api(memang minat keretaapi), orang lidi..

Hari sukan.. sangat aktif! masuk acara lari, bukan lari 50 meter, atau lari berpagar atau lari baton.. Lari dari hari sukan.. hihi sangat tidak aktif bersukan, tapi aktif.. camner tuh?

hari sukan pun, bukan buat apa pun, antara acara dia, tulis jawi saper paling cepat siap.. :-)..

Rupanya, saya cuma ingat 2 orang je kat tadika tu... Tadika ABIM, Taman Ungku Tun Aminah, Johor Bahru, Johor Darul Ta'zim.

Thursday, March 11, 2010

Terlajak Perahu Bisa Diundur, Terlajak Kata...?

Sejak, dua menjak ini banyak perkara yang telah berlaku di Bumi Bertuah ini.
Mereka berkata-kata seolah-olah, tidak berfikir dahulu sebelum bertindak. Natijahnya, diri sendiri dan keluarga mendapat malu, dan akan dikenang sampai bila-bila.
Pada suatu ketika dahulu, kita menggunakan istilah Orang Kurang Upaya (OKU) untuk mereka yang istimewa. Kini, OKU ditafsirkan sebagai Orang Kelainan Upaya. Menyebut sahaja nama ini, membuka minda saya untuk berfikir, perkataan-perkataan mampu untuk mengubah sesuatu persepsi.
Sebagai contoh OKU, kita ambil huruf 'K' = Kurang. sebut dan hayati, 'orang kurang upaya', insan istimewa itu seolah-olah tidak mampu membuat sesuatu dan suka meminta tolong kerana 'kurang upaya'. Tetapi jika kita tukar 'K' = kelainan. sebut dan hayati, 'Orang Kelainan Upaya', jika anda fahami, secara tidak langsung kita menganggap, mereka BOLEH dan MAMPU untuk melakukan apa yang insan biasa mampu lakukan, mengikut keupayaan masing-masing yang berlainan. Mereka bukannya tidak boleh, tapi cara mereka barlainan.
Justeru itu, adalah disarankan agar kita tidak memandang rendah keupayaan mereka, sentiasa memberi peluang kepada mereka, sesungguhnya mereka mampu untuk berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan insan biasa. Mungkin juga, mereka mampu untuk berdiri lebih tinggi dari anda. :-)
Sedang asyik mengelamun memikirkan perkataan-perkataan yg mampu mengubah persepsi. Diri ini yang agak prihatin dengan isu politik semasa tanah air, sekadar berangan, jika perkataan 'Pembangkang' itu ditukar kepada perkataan yang lebih elok dan lembut jika didengar. Tidak dinafikan kehadiran pembangkang sebagai "Check and Balance" sesuatu organisasi itu. tetapi apa yang berlaku hari ini, agak keterlaluan. Mengapa mereka sanggup melakukan itu? adakah sebab kerana mereka disebut 'Pembangkang'?
Ini hanyalah pendapat peribadi yang tidak menyebelahi mana-mana parti. Perkataan pembangkang itu jika disebut, seolah-olah 'jahat'(kalau asyik bangkang je, perbicaraan pun sampai bila-bila pun x habis). Jika kita tukar kepada bahasa Inggeris, Pembangkang = Opposite. erm.... bagaimana pula jika kita tukar nama Pembangkang kepada ??????????.
Anda ada idea?

Sunday, March 7, 2010

Forever Love


Setiap yang berlaku itu ada hikmahnya, begitu juga dengan setiap perkenalan dan pertemuan yang telah Allah tentukan, ada hikmahnya yang tersendiri. Alhamdulillah, selagi dia masih boleh menerima diri ini sudah cukup memadai kerana perkenalan ini bukan sekadar mengisi kekosongan hati semata-mata.



Ya Allah, berkatilah hubungan kami.. semoga kemesraan yang terjalin kekal abadi.. Amiin...


Forever Love

I'll never walk alone again,
the winds of time are too strong.
Ah, it's that what you hurts,
which you'll have to live with...
Ah, this tight embrace,
and this burning,
unchanged heart.
In this ever changing time, love will never change.

Will you hold my heart? Stop flowing tears.
Again, all of my heart is broken....
Forever love, forever dream
Only flowing emotions,bury this intense,
trying, meaningless times.
Oh tell me why ... all I see is blue in my heart.

Will you stay with me?
Wait until after the wind passes,
all my tears are still flowing...

Forever love, forever dream
Stay with me like this.
Hold my trembling heart in the dawn.
Oh stay with me...
Ah, everything good seems to be ending,
in this unending night.
Ah, what else would you lose if nothing at all matters.
There's no one else
ONLY YOU

Forever love, forever dream,
stay with me like this.
Hold my trembling heart in the dawn.
Oh will you stay with me...
Until the wind passes, stay with me again
.
Forever love, forever dream,
I'll never walk this path.
Oh tell me why, tell me true,
teach me how to live.
Forever love, forever dream,
within flowing tears
Bright seasons will forever change again and again ....
forever love...


WOW! banyak nye biru.... ;-)

Desert Rose...


(Osaka, December 2007)

**It's okay if you're sure about your feelings.. and whatever it is, don't regret..

Saturday, March 6, 2010

Old Town White Coffee

Sejak dua menjak ni, memang agak popular nama Old Town ni. Kalau di facebook pun, saya boleh lihat status-status, rakan-rakan atas talian saya yang bercerita mengenai kelazatan makanan di sana, sehinggakan saya bertanya, "menu apa yang korang rekemen?". Maksudnya nak pergi makan sana la. Saja nak cuba-cuba. Selang beberapa hari, (ni belum pergi Old Town lagi ni) saya terbaca pada status Yahoo Messengger seorang rakan yang membuatkan saya terperanjat iaitu "Old Town Tidak Halal".
Oh my goat! is it true? tanpa berlengah masa, terus je bertanya pak cik Google, dan beberapa senarai keluar, maksudnya macam bende ni dah lama. dan satu link ini betul-betul memeranjatkan saya, selaku Rakyat Malaysia. (http://blog.mixterr.com/old-town-white-coffee-anti-islam-tidak-halal/) Saya terjumpa ini.

Kemudian, saya terus ke web site Old Town, memang best web site dia. Terus mencari link feedback. bila dah jumpa terus bertanya, mengenai status halal dan masalah perkauman. Dan petangnya, pihak Old Town telah menjawab soalan saya. (nama dan alamat e-mail dirahsiakan atas sebab-sebab tertentu). di sebabkan email diatas, masih belum menjawab pertanyaan saya mengenai status halal Old Town, saya bertanya lagi mengenai status halal Old Town. dan dalam beberapa minit, pihak Old Town membalas e-mail saya. Adakah segala persoalan telah terjawab mengenai status Halal Old Town? Saya sendiri tak berani nak komen. berikut adalah 'printscreen' sijil halal yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPK) yang diambil dari web site Old Town. http://www.oldtown.com.my/ Artikel ini ditulis semata-mata untuk berkongsi pengetahuan. Untuk menjatuhkan atau menyokong mana-mana pihak, jauh sama sekali. Menjaga keamanan negara adalah tanggungjawab kita bersama.

Friday, March 5, 2010

Teka Teki (Part 2)

Pada satu malam yang hening dan sepi, seorang tua datang, perlahan-lahan bersama tongkatnya dan menghampiri sebuah kerusi malas yang tua.

Assalamualaikum... tompang lalu...

(sambil duduk di kerusi malas) ni ha.. pak cik nak koba ni... (rupanya pak cik ni orang negeri sembilan).. ekau ghoti tak toka-toki ni?

ni ha pak cik torai na.. (erm... cam utara skit pun ada.. siapakah pak cik ini?)
kalau Ali bin Abu,
Siti bin Honda,
Anjing bin apa??
kalau ekau ghoti, ekau torai la..
Safwan - "atok! apo jawapan toka-toki bulan lopeh?".
WOIT!~ pak cik la! mano lah den tau nak oi.. pak cik tak do minggu lopeh.. ekau tanyo la tuan punya blog ni...
Jawapan teka-teki part 1 : wireless connection dalam bilik saya.