いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Saturday, February 13, 2010

KAHWIN (Pt. 1) - [Zahid & Huda]

Hari ini tanggal 13 February 2010, Majlis persandingan Kak Huda telah pun berlangsung dengan jayanya di teratak kediaman beliau iaitu di Batu 5 3/4, Kg Pinang B, Batang Tiga. Meet my friend, Nouri, Kuni.. saya sebut mana yg saya kenal je la.. hehe

dah lama tak jumpa nouri, since dia je yg saya paling rapat. Muka dia pucat, macam tak sihat. Mungkin bz dengan master dia.


**GOOD LUCK NOR!**



.. Jumpa jugak la DJ, orang kampung rupanya... apa lagi, ingat nak balik tadi, lepas salam dia, dia tanya "tak nak karaoke ke?"


*dia cas RM300 je sehari..


oh.. terharunya soalan itu... memang la niat datang ni selain nak amik gambar Huda, memang pak cik nak karaoke pun.. haha! pilihan lagu tak banyak, erm.. pilih je la apa yg ada, ada pun Gadisku - Search. memang best a... yg tak best nya saya nyanyi a..

lepas nyanyi, terfikir plak.. eh apsal tak pilih lagu nasyid tadi ek? since DJ tu memang orang nasyid.. n nasyid lagi harmoni.. :-)

Apa-apa pun Kak Huda hari ni memang cantik, and Zahid pun memang hensem. mcm Hang Tuah gitu.. hehe. Tapi saya pelik, yang kahwinnya, kak Huda, tapi kenapa saya yang nervous ek? haha!


Kebaya Nyonya cantik dipakai,
Indah dihias sanggul berbunga,
Sungguh cantik kedua mempelai,
Bagaikan Pinang di belah dua.
Hari minggu memerah santan,
santan di perah oleh pak dayat,
Sama cantik sama padan,
Semoga kekal ke akhir hayat.





p/s : Kak Huda bulan ni dah bayar ke belum ek? =p

1 comment:

M Saufi A R said...

owh.... baru perasan.. gambar sendiri takder..