いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Friday, February 19, 2010

Guitar (Part 1)

Seman Tahu - "brader, gitar macam mana yang sesuai dengan gua a?"

saya mencadangkan anda memilih gitar yang sederhana maksudnya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu cikai. perkara pertama yg perlu di ambil kira ialah, leher nya.


Pastikan apabila anda menggenggam lehernya, tangan anda rasa selesa, tidak terlalu besar bagi yang mempunyai tangan yg comel.

Pastikan jarak antara tali dan leher, tidak jauh. ini bagi memudahkan anda untuk memicit setiap fret yang ada.

Kemudian, pastikan badan bawah gitar anda melengkung ke dalam... (apa ayat yang sesuai ek??). Gitar yang ideal untuk permulaan adalah seperti di bawah :



ini adalah contoh gitar yang baik untuk permulaan.


Seman Tahu - "Kenapa lu pakai gitar mcm ni brader? Gitar kapok yg cikai2 kan boleh.. asal bunyi dah la brader.. lu memang a brader..."


Soalan yang baik, kerana, apabila anda sudah pandai main gitar, anda mesti nak cuba main lead, jadi, bila ada gitar seperti diatas, senang untuk anda menggoreng lagu-lagu seperti 'Sweet Child 'o Mine' dan lain-lain lagi lagu Rock!, Man kalau hang(ceh! cakap utara plak) takat main lagu 'ayahku kawen lagi' pakai je la kapok tu..

Sekian sahaja untuk Guitar (Part 1) ini. Selamat Maju Jaya!

Seman Tahu - "rileks la brader.. gua caya sama lu, lu memang real! tapi kasi show sket a gitar lu.."

Gitar saya yang diperbuat dari kulit rimau tu.. Harap Maklum.. ;-p

No comments: