いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, February 25, 2010

Day @ Temasek

Tanggal 19 Februari 2010, saya dikejutkan dengan berita kematian Tok Ngah, Mohd Ali Ibrahim, atau dipanggil Huzir selepas solat Jumaat. Petang tu, Mak dan Mak Bik berpakat untuk menghantar wakil, kerana tidak semua dapat hadir untuk menziarah Tok Ngah buat kali terakhir, kerana kekangan masa, dan passport.

Rancangan awal dibuat, kami yang terdiri dari Mak, Bik dan Alif mesti bertolak selepas Subuh, selewat-lewatnya sebelum pukul 7 mesti dah keluar dari rumah. Esoknya Subuh di rumah, terus ke rumah Bik dan terus bertolak ke Temasek dengan berbekalkan petrol RM20(semalam isi). Saya menggunakan jalan bawah, selesa dan tidak perlu tol. Tiba di simpang Yong Peng barulah menggunakan lebuhraya PLUS. Dengan laju 100km/s(which is slow n boring), sy memandu dengan berhati-hati, dan berhenti di R&R Machap untuk rehat sambil sarapan.

Selesai sarapan, kami lekas-lekas menyambung perjalanan kami, Minyak diisi penuh (Viva = RM47). Tiba di simpang ke Gelang Patah, saya menambahkan kelajuan 120km/j supaya cepat sampai. Alhamdulillah, kami selamat sampai di R&R Gelang Patah di mana sepupu saya, Jariah Saad menunggu disana bersama keluarganya.

Perjalanan diteruskan, kami melalui 2nd Link Tuas. Antara perkara yang sangat-sangat penting untuk masuk ke Temasek menggunakan kereta ialah Autopass. banyak isu yang timbul berkaitan autopass ini kerana kurang jelas tentang penggunaannya, akibatnya apabila mahu keluar dari Temasek, kereta akan ditahan dan mungkin akan kena denda. Alhamdulillah, kastam yang mengecop passport tu mengingatkan utk mengemaskini Autopass, kerana ketika autopass dibuat, saya menggunakan Road Tax lama, pada Januari lepas, saya memperbaharui lesen, dan untuk masuk ke Temasek, saya perlu mengemaskini Autopass. Ini menunjukkan bahawa sistem tidak dikemaskini secara automatik, mungkin JPJ boleh collabrate dengan sistem autopass supaya mudah bagi kenderaan dari Tanah Melayu ke Temasik tanpa perlu turun kereta di Checkpoint Imigresen.

Kami tiba di rumah anak arwah, sebelum jam 11 pagi. Kami dimaklumkan jenazah akan dikebumikan pada jam 11, ketika tiba disana, kami dimaklumkan akan dikebumikan selepas Zohor. Oleh kerana semua sudah hadir, urusan pengebumian dicepatkan. Alhamdulillah dalam jam 12tgh/hari jenazah selamat dikebumikan.

Setelah berbelas tahun tidak ke tanah perkuburan di Temasek, telah banyak kubur muslim disana dan banyak juga perubahan yang berlaku. Mungkin anda pernah dengar kubur bertingkat. buat masa ini, kubur bertingkat belum lagi dibina, cuma yang ada kubur yang berkonkrit, supaya mudah pada masa akan datang untuk menggali semula kubur dan dikebumikan di tempat yang lain. Mana-mana kubur yang telah 15 tahun, akan digali semula dan dikebumikan ditempat yang lain dan kubur itu akan digunakan semula untuk jenazah seterusnya maksudnya, kubur-kubur seperti dikitar semula. Kita juga sedia maklum bahawa Temasek mungkin kekurangan tanah.





















Selepas talkin dibacakan, kami dibawa menziarahi kubur saudara mara yang telah dikebumikan disitu iaitu arwah Pak Ngah (Saad Ludin) dan Mak Lang (Raedah Yusof). Al-Fatihah...Ketika inilah mata terpandang kubur-kubur Islam yang ada di Temasek dan yang menyedihkan ialah ada kubur yang diletakkan patung(e.g Nemo). persoalannya kenapa ini berlaku?? Ya-Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini ya Allah, ampunkan juga segala dosa mereka ya-Allah...

* * *

Sedikit gambar dari Temasek...


Arab City

No comments: