いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Saturday, February 27, 2010

Musim Tak Ada Ikan

Sekarang musim tak ada ikan. Bukan bermaksud ikan telah pupus atau belum musim mengawan ikan, tetapi kerana cuaca. Harga ikan juga menjadi mahal kerana hasil tangkapan ikan yang kurang.

Antara bukti kekurangan ikan ialah :

Tinggal seekor sahaja ikan yang tinggal dalam blog ni. dan ini adalah serius....

Thursday, February 25, 2010

Day @ Temasek

Tanggal 19 Februari 2010, saya dikejutkan dengan berita kematian Tok Ngah, Mohd Ali Ibrahim, atau dipanggil Huzir selepas solat Jumaat. Petang tu, Mak dan Mak Bik berpakat untuk menghantar wakil, kerana tidak semua dapat hadir untuk menziarah Tok Ngah buat kali terakhir, kerana kekangan masa, dan passport.

Rancangan awal dibuat, kami yang terdiri dari Mak, Bik dan Alif mesti bertolak selepas Subuh, selewat-lewatnya sebelum pukul 7 mesti dah keluar dari rumah. Esoknya Subuh di rumah, terus ke rumah Bik dan terus bertolak ke Temasek dengan berbekalkan petrol RM20(semalam isi). Saya menggunakan jalan bawah, selesa dan tidak perlu tol. Tiba di simpang Yong Peng barulah menggunakan lebuhraya PLUS. Dengan laju 100km/s(which is slow n boring), sy memandu dengan berhati-hati, dan berhenti di R&R Machap untuk rehat sambil sarapan.

Selesai sarapan, kami lekas-lekas menyambung perjalanan kami, Minyak diisi penuh (Viva = RM47). Tiba di simpang ke Gelang Patah, saya menambahkan kelajuan 120km/j supaya cepat sampai. Alhamdulillah, kami selamat sampai di R&R Gelang Patah di mana sepupu saya, Jariah Saad menunggu disana bersama keluarganya.

Perjalanan diteruskan, kami melalui 2nd Link Tuas. Antara perkara yang sangat-sangat penting untuk masuk ke Temasek menggunakan kereta ialah Autopass. banyak isu yang timbul berkaitan autopass ini kerana kurang jelas tentang penggunaannya, akibatnya apabila mahu keluar dari Temasek, kereta akan ditahan dan mungkin akan kena denda. Alhamdulillah, kastam yang mengecop passport tu mengingatkan utk mengemaskini Autopass, kerana ketika autopass dibuat, saya menggunakan Road Tax lama, pada Januari lepas, saya memperbaharui lesen, dan untuk masuk ke Temasek, saya perlu mengemaskini Autopass. Ini menunjukkan bahawa sistem tidak dikemaskini secara automatik, mungkin JPJ boleh collabrate dengan sistem autopass supaya mudah bagi kenderaan dari Tanah Melayu ke Temasik tanpa perlu turun kereta di Checkpoint Imigresen.

Kami tiba di rumah anak arwah, sebelum jam 11 pagi. Kami dimaklumkan jenazah akan dikebumikan pada jam 11, ketika tiba disana, kami dimaklumkan akan dikebumikan selepas Zohor. Oleh kerana semua sudah hadir, urusan pengebumian dicepatkan. Alhamdulillah dalam jam 12tgh/hari jenazah selamat dikebumikan.

Setelah berbelas tahun tidak ke tanah perkuburan di Temasek, telah banyak kubur muslim disana dan banyak juga perubahan yang berlaku. Mungkin anda pernah dengar kubur bertingkat. buat masa ini, kubur bertingkat belum lagi dibina, cuma yang ada kubur yang berkonkrit, supaya mudah pada masa akan datang untuk menggali semula kubur dan dikebumikan di tempat yang lain. Mana-mana kubur yang telah 15 tahun, akan digali semula dan dikebumikan ditempat yang lain dan kubur itu akan digunakan semula untuk jenazah seterusnya maksudnya, kubur-kubur seperti dikitar semula. Kita juga sedia maklum bahawa Temasek mungkin kekurangan tanah.





















Selepas talkin dibacakan, kami dibawa menziarahi kubur saudara mara yang telah dikebumikan disitu iaitu arwah Pak Ngah (Saad Ludin) dan Mak Lang (Raedah Yusof). Al-Fatihah...Ketika inilah mata terpandang kubur-kubur Islam yang ada di Temasek dan yang menyedihkan ialah ada kubur yang diletakkan patung(e.g Nemo). persoalannya kenapa ini berlaku?? Ya-Allah ampunkanlah segala dosa hambamu ini ya Allah, ampunkan juga segala dosa mereka ya-Allah...

* * *

Sedikit gambar dari Temasek...


Arab City

Monday, February 22, 2010

Kasih

Malam ni hujan lebat diluar.. dingin malam yang menyentuh tubuhku sambil ditemani irama keroncong.. menambahkan lagi kerinduanku terhadap dirinya..



Malam ini kasih
teringat aku pada mu
Seakan kau hadir di sisi menemani ku
Ku yakin kan diri agar tiada sepi
Ku lewat kau hadir di dalam mimipi ku

Seandainya mungkin ku mampu terbang ke awan
Detik ini juga ku akan melayang ke sana
Kan ku bawa pulang
Dirimu yang selalu ku sayang
Bersama berdua kita bahagia

Kasih dengarlah hatiku berkata
Aku cinta kepada dirimu sayang
Kasih percayalah kepada diriku
Hidup matiku hanya untuk mu

Friday, February 19, 2010

Guitar (Part 1)

Seman Tahu - "brader, gitar macam mana yang sesuai dengan gua a?"

saya mencadangkan anda memilih gitar yang sederhana maksudnya tidak terlalu mahal dan tidak terlalu cikai. perkara pertama yg perlu di ambil kira ialah, leher nya.


Pastikan apabila anda menggenggam lehernya, tangan anda rasa selesa, tidak terlalu besar bagi yang mempunyai tangan yg comel.

Pastikan jarak antara tali dan leher, tidak jauh. ini bagi memudahkan anda untuk memicit setiap fret yang ada.

Kemudian, pastikan badan bawah gitar anda melengkung ke dalam... (apa ayat yang sesuai ek??). Gitar yang ideal untuk permulaan adalah seperti di bawah :



ini adalah contoh gitar yang baik untuk permulaan.


Seman Tahu - "Kenapa lu pakai gitar mcm ni brader? Gitar kapok yg cikai2 kan boleh.. asal bunyi dah la brader.. lu memang a brader..."


Soalan yang baik, kerana, apabila anda sudah pandai main gitar, anda mesti nak cuba main lead, jadi, bila ada gitar seperti diatas, senang untuk anda menggoreng lagu-lagu seperti 'Sweet Child 'o Mine' dan lain-lain lagi lagu Rock!, Man kalau hang(ceh! cakap utara plak) takat main lagu 'ayahku kawen lagi' pakai je la kapok tu..

Sekian sahaja untuk Guitar (Part 1) ini. Selamat Maju Jaya!

Seman Tahu - "rileks la brader.. gua caya sama lu, lu memang real! tapi kasi show sket a gitar lu.."

Gitar saya yang diperbuat dari kulit rimau tu.. Harap Maklum.. ;-p

Tuesday, February 16, 2010

Teka Teki (Part 1)

Teka-teki merupakan salah satu adat masyarakat melayu sejak dahulu lagi. Tujuannya adalah untuk berhibur di samping menguji ketajaman minda peserta.

Antara teka-teki yang popular hingga kehari ini ialah,

Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa keris di kaki?
jawapannya : ayam.
Contoh teka-teki lain yang popular ialah,
Dalam banyak-banyak sotong, sotong apa tulangnya satu?
jawapannya : err... jawapan dah terkantoi.. ^^V
Dari meja penulis : Teringat kenangan bersama arwah atuk (Ab Samad Abdullah), setiap kali balik kampung, terus ke bilik atuk, tanya teka-teki baru. Dan dari situlah macam-macam teka-teki saya dapat. Salah-satunya yang masih segar dalam ingatan:
Ayam putih lompat pagar
jawapannya : air ludah
Semoga roh atuk Samad, sentiasa di cucuri rahmat dan ditempatkan di syurga bersama-sama golongan orang yang beriman..
saya juga nak ambil kesempatan ini berkongsi teka-teki, hehe...
Bila kita tutup pintu, dia perlahan,
Bila kita buka pintu, dia laju,
apa dia
?
pembayangnya, 'tak boleh dilihat, tapi ada'... Selamat mencuba!

Saturday, February 13, 2010

KAHWIN (Pt. 1) - [Zahid & Huda]

Hari ini tanggal 13 February 2010, Majlis persandingan Kak Huda telah pun berlangsung dengan jayanya di teratak kediaman beliau iaitu di Batu 5 3/4, Kg Pinang B, Batang Tiga. Meet my friend, Nouri, Kuni.. saya sebut mana yg saya kenal je la.. hehe

dah lama tak jumpa nouri, since dia je yg saya paling rapat. Muka dia pucat, macam tak sihat. Mungkin bz dengan master dia.


**GOOD LUCK NOR!**



.. Jumpa jugak la DJ, orang kampung rupanya... apa lagi, ingat nak balik tadi, lepas salam dia, dia tanya "tak nak karaoke ke?"


*dia cas RM300 je sehari..


oh.. terharunya soalan itu... memang la niat datang ni selain nak amik gambar Huda, memang pak cik nak karaoke pun.. haha! pilihan lagu tak banyak, erm.. pilih je la apa yg ada, ada pun Gadisku - Search. memang best a... yg tak best nya saya nyanyi a..

lepas nyanyi, terfikir plak.. eh apsal tak pilih lagu nasyid tadi ek? since DJ tu memang orang nasyid.. n nasyid lagi harmoni.. :-)

Apa-apa pun Kak Huda hari ni memang cantik, and Zahid pun memang hensem. mcm Hang Tuah gitu.. hehe. Tapi saya pelik, yang kahwinnya, kak Huda, tapi kenapa saya yang nervous ek? haha!


Kebaya Nyonya cantik dipakai,
Indah dihias sanggul berbunga,
Sungguh cantik kedua mempelai,
Bagaikan Pinang di belah dua.
Hari minggu memerah santan,
santan di perah oleh pak dayat,
Sama cantik sama padan,
Semoga kekal ke akhir hayat.





p/s : Kak Huda bulan ni dah bayar ke belum ek? =p

Friday, February 12, 2010

Nikon D80 - Good Start


Hari ni , awal pagi kelam kabut menyiapkan contoh web site untuk Pejabat Undang-undang Negeri Melaka. alhamdulillah semuanya dah siap. so petang ni kene tunjuk kat diorang and bagi contoh dokumen yang di perlukan.
Sambil-sambil tu milo pun balik dari mana ntah. so dengan selamba dan tak rasa malu, pinjam camera dia Nikon D80. terus amik beberapa shot. So ni salah satu shot yg best. My only watch. beli guna gaji yang pertama. jam ni betul-betul sangat bermakna.
Tak pernah rasa beli satu barang yang kita betul2 rasa sangat bermanfaat dan ada nilai2 tersendiri. Casio Edifice. dapat murah RM300. sebab orang tu ingat aku student, tapi resit dah tulis. so terima kasih la.. len kali saya beli jam kat situ lagi k? :-)
Berbalik pada tajuk diatas.. i'll put Camera in my wishlist!!

Tuesday, February 9, 2010

Relax (Part 1)

nanti pakcik upload gambar.. tak bawak a kat pejabat ni..


__________________________________________________________ update


As you all know, i live at Telok Mas, pronounce Telok Mars.. haha! sangat dekat dengan medan ikan bakar Umbai. Kalau anda melawat Melaka, tak sah kalau tak menjamu ikan bakar, antara medan ikan bakar yang saya cadangkan ialah, Umbai, Alai, dan Jeti Anjung Batu.

Trip to Pangkor


Pulau Pangkor, sebuah pulau yang indah dan cantik. Pengalaman, ketika Snorkeling, memang tidak boleh dilupakan.














Pakai baju berbunga-bunga memang santai...


Kellie's Castle.. tempat yg menyeramkan..

Monday, February 8, 2010

^^ HAPPY~!


SHIAWASE DESU!!!

arigatou...

Saturday, February 6, 2010

GENTING yang GENTING

Hari ini aku terpaksa cancelkan program ke Genting, soooorrry guys... ayahanda ku telah ke Penang utk program Mathnya, di rumah tiada sapa nak handle.. maybe next time ill enjoy, this is really last minute decision (T_T)


Esok ada pameran 1 malaysia di dataran MBMB, antara aktiviti yang menarik aku tahu buat masa ini ialah, uji bakat pembaca berita. Tadi, semasa MOU antara company aku, biotech, dan Micost, ada jugak sedikit review mcm mana diorang uji bakat. Antara syarat pemohon ialah, ada rupa dan berketerampilan. itu yang disebut lah, selain dari tu mesti lah pandai baca dan tak gagap, yang tu aku memandai tambah la.. hehe


text berita diberikan.


"Assalamualaikum, dan salam Satu Malaysia,


Satu kemalangan telah berlaku di simpang empat dekat pondok telefon sana diantara motor dan lori.


Berita selanjutnya,


Satu kemalangan ngeri telah berlaku di simpang empat dekat pondok telefon sana diantara motor dan lori, plat motor itu patah. menurut keterangan saksi, Muthusamy Karupiah, cermin sisi motor itu hancur dan bertabur-taburan seperti pasir di tepi laut.


Sekian saja berita dari radio satu Melaka,


Salam hormat"



waa... ada bakat jadi pembaca berita ke aku ni? haha! in my dreams!!



Just watching Yasuko to Kenji and cerita tu sangat kelakar!! tak sangka Ryoko Hirosue pun bley buat lawak.. hehe.. dah malam sunyi, takder saper disisi.. hanya bertemankan sebuah gitar dan melodi-melodi syahdu yang menyentuh jiwa ini dengan setiap getaran tali seperti getarnya jiwa ini.


"..."



p/s : sejak bila aku pandai jiwang ni? XD

Wednesday, February 3, 2010

Training Telecenter

Training hari ni berjalan sangat lancar. =)


Mula-mula cuak skit.. ye la tu kan perkara normal, the important thing is how we manage it.

Ketika nak bagi penerangan bagaimana student mendaftar telecenter, nak letak nama contoh, teringat kat Mars, terus je letak nama dia kat situ.. hehe terima kasih ek.. nanti blanja ok?! XD erm pasni leh letak lagi kot nama Mars.. baru semangat sket.. hehe


Hari ni kenal dengan seorang pengurus telecenter, Hafis. Cungkil skit2 cerita telecenter, macammana dia handle dan apa pengalaman dia sepanjang dia handle telecenter. Alhamdulillah dari situ, saya tahu macam mana telecenter bergerak.
Malam tadi fikir sekejap apa nak pakai hari ni ek? Asyik2 baju putih ngan tali leher hitam..
Tapi baju ni je la yang nampak macam 'BOS' sket.. sket je la.. hehe
Ketika memberi ucapan atau mengajar, memang dari dulu lagi saya mengamalkan, memakai pakaian yang formal dan menaikkan sedikit 'level' kita. supaya bila mereka pandang, mereka suka.. Kepetahan juga penting, so, bantai je la cakap, yang penting point sampai dan tak melalut dan tak banyak "err..." "emmm..." "ano..." "aa..".
itu je la sedikit informasi untuk dikongsi bersama, semoga kita terus sukses dan boleh dapat banyak wang. XD

Tuesday, February 2, 2010

Telecenter PRO-ICT System

Salam and Good Nite to ALL






Hari Rabu ini, sy akan memberi latihan kepada pengurus Telecenter, bagaimana untuk menggunakan sistem Telecenter. Walaupun latihan ini telah dibuat pada beberapa bulan yang lepas, pengurus-pengurus telecenter telah memberi maklum balas yang baik untuk saya melakukan sedikit lagi penambahbaikkan pada sistem itu.



Antara penambahbaikkan yang telah dibuat ialah, kemudahan untuk peserta yang berminat menyertai program ini, mendaftar secara online. Kedua, sistem kedatangan mengikut kursus dan telecenter, dan juga beberapa pembetulan mengikut kehendak pengguna iaitu pengurus telecenter.



Alhamdulillah sistem telah siap sepenuhnya, dan sedia untuk digunakan oleh pengurus Telecenter dan peserta Telecenter.




Ok, let share some code :-) (i'll write in broken english =p)



Last time i was wondering how to make a messege box with choices [YES] [CANCEL]. i dont know what is the actual name, thanks to my friend Saifuddin for his advice.



It's called - confirm. By knowing it names it easy for me to check the code by internet. i found one, then i impliment it on on of my system. i make it as a filter page. for example page a -> page b -> page c. i put the script in page b. and it was success! YAY!! but not in Mozilla Firefox.. DAMN~!

i don't know what to do.. and now using my awesome right brain, (because i lefthanded) i impliment the code in < > tag.



e.g < href="your_link" onclick="return ('Do you love me?')">

and it was brilliant and cute.. just like My Lovely Pet.. don't forget to feed them :-)




Good Luck!

LUCKY! 2010

Adakah tahun ini, tahun yang membawa tuah bagiku?





Semoga ianya berkembang mekar sepanjang waktu... (",)