いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, January 21, 2010

Tips Dari PDRM Untuk Dikongsi Bersama

TIPS BERGUNA dari PDRM

[Tips menghalang kecurian seperti yang diberi oleh Polis DiRaja Malaysia ]
(1) Jangan biarkan anak-anak tidur di ruang tamu seorang diri (Mereka
mungkin menggunakan anak sebagai tebusan).
(2) Kunci atau sorokkan semua pisau-pisau yang terdapat di dapur sebelum
tidur (Kesemua kes kecurian di dapati pisau hilang dan menurut polis
mereka akan mencari pisau dahulu sebelum mencuri bertujuan untuk
melindungi diri mereka).
(3) Sekiranya terdengar/terlihat paip air di luar rumah terbuka pada
tengah malam (pukul 12:00 ke atas), jangan keluar rumah untuk menutup paip
tersebut kerana ini adalah taktik terbaru mereka di mana mereka telah
menunggu diluar pintu rumah untuk masuk (Kes terbaru berlaku di Dungun dan
Petaling Jaya).
(4) Beritahu anak-anak sekiranya hendak ke tandas (jika tandas jauh) di
waktu tengah malam, kejutkan ibubapa untuk bersama mereka.
(5) Jangan simpan barang-barang kemas di dalam almari baju (Cara lama ...).
(6) Bawa alarm kereta bersama semasa tidur, in case terjaga tengah malam,
cuba on and off kan balik untuk menakutkan pencuri (Menandakan kita
sentiasa alert).
(7) Tekan button merah alarm kereta anda jika anda suspect pencuri sudah
masuk ke dalam rumah.
(8) Sekiranya terlihat orang-orang yang agak aneh dan asing di kawasan
rumah anda, sila dapatkan plet no motor/kereta mereka (Selalunya naik
motor dan mereka ni biasanya berdua, setiap kali kita lalu depan mereka,
mereka akan menundukkan kepala).
(9) Pesan kepada jiran, sekiranya ada sesiapa yang datang ke rumah kita
dan mengaku saudara kita bertujuan untuk mengambil barang-barang, jangan
benarkan, beri nombor telefor pejabat anda kepada jiran supaya mereka
boleh double check dengan kita.
(10) Semasa tidur, pastikan handphone anda berada di sisi atau pastikan
juga Cordless Phone anda berada di sisi anda ataupun sambungkan satu
extension dalam bilek tidur anda. Ini memudahkan anda membuat panggilan
kecemasan sekiranya anda terasa kehadiran pencuri di dalam rumah anda.
(11) Adakan senarai nombor telefon kecemasan seperti polis kawasan anda,
bomba kawasan anda, 999 atau sebagainya. Pastikan nombor-nombor ini
disimpan dalam handphone anda. Kalau boleh, hafalkan nombor tersebut. Ini
memudahkan anda membuat panggilan telefon.
(12) Kalau berkemampuan, pasangkan alat pengesan kecurian di rumah atau
automatik alarm.
(13) Lampu porch & lampu belakang rumah sepatutnya terpasang secara
automatik bila malam, baik semasa kita ada di rumah atau pergi bercuti.
(14) Kalau cuti lama, pesan jiran kutip surat-surat dalam peti surat .
Peti surat yang penuh membantu pencuri menghidu ketiadaan tuan rumah.
(15) Kalau kawasan anda kerap berlaku kecurian, buat permohonan rasmi dari
Balai Polis berdekatan supaya ada anggota polis buat rondaan yang kerap di
kawasan anda.
(16) Kereta Proton adalah paling mudah dicuri. Kalau kereta anda brand
new, sekurang-kurangnya anda perlu lock gear & steering sebelum tidur
(Sebenarnya masih boleh dicuri, tetapi akan berjaya melambatkan pencuri).
(17) Kalau ada anak-anak perempuan, sebaik-baiknya pintu biliknya dikunci
dari dalam (Sebab ada pencuri yg mengambil kesempatan seksual) dan anda
perlu ada kunci pendua in case berlaku kebakaran.
(18) Sekurang-kurangnya simpan kayu hoki atau baseball di bawah katil anda
buat mempertahankan diri dari pencuri yang ganas.
(19) Jangan letak kunci bawah pasu bunga/mail box/alang pintu/tepi tingkap
bila keluar (Pencuri dah lama tau taktik ni...). Lebih selamat beri pada
jiran yang kita kenal rapat.
(20) Kalau sewa rumah baru pastikan anda tukar padlock baru, mana tau
bekas-bekas penyewa lama simpan kunci pendua.
(21) Kurangkan pendedahan dan pergaulan anda dengan pekerja asing.
(22) Pastikan keadaan selamat sebelum buka pintu rumah (Tak kira siang
atau malam, terutamanya balik lepas 11:00lam).

Source - Bukit Aman PDRM - received from Shaliza Shuieb AFFIN Bank.

Dari meja penulis : diharapkan perkara ini dapat dikongsi bersama, ini hanya ikhtiar kita dari mengelakkan diri dari kecurian dan perkara yang tidak diinginkan. Secara peribadi saya berpendapat, jika pencuri membaca artikel ini, mungkin mereka juga akan cuba mencari ikhtiar lain untuk mencuri. KENAPA?? kalau dah nama pencuri, kita letak pagar pun dia boleh lompat masuk. Sekadar ikhtiar. Penulis juga pernah mengalami kecurian ketika menuntut di Universiti tempatan. Antara barang-barang ang hilang ialah, komputer riba, pemain cakera padat(Sony Walkman), pendrive, & topi. Kes berlaku pada 31 Ogos 2006. Pengalaman pahit yang tidak dapat dilupakan... Mungkin ada diantara pembaca pernah mengalami kecurian, atau ada cerita untuk dikongsi bersama-sama dan juga nasihat...

No comments: