いきました!^_^


View Place of Interest in a larger map

Thursday, January 28, 2010

Red Hill Laketown Resort

23-24 Januari, saya telah meluangkan masa bersama rakan-rakan Universiti di Bukit Merah Laketown Resort.

Perancangan awal telah dibuat oleh gang Utara dan Saudara Asyraf A.K.A Chapopole. Pada mulanya perancangan awal, saya akan menginap di rumah chapo pada hari jumaat itu, 22 Jan, kemudian berangkat ke Perak sebelah paginya. Tetapi, kita hanya merancang, Allah juga yang menentukan. Jumaat itu saya tidak dapat ke rumah Chapo kerana, tiada orang dapat menghantar saya ke Melaka Central (MC). Pada mulanya, saya terpaksa membatalkan hasrat saya untuk menyertai mereka, tetapi apabila minda saya sudah ditetapkan untuk pergi perak waktu itu, memang tidak dapat diubah, jika diubah saya akan melular keesokan harinya tanpa tujuan..

Keesokannya, saya berangkat awal pagi selepas Subuh selepas hantar adik ke sekolah, sy terus ke MC, tiba di MC sy telah diuji lagi sekali, Tiket bas sudah habis, terpaksa tunggu tiket bas jam berikutnya. Saya telefon Chapo menceritakan segalanya, alhamdulillah Chapo cakap "Oraite.." walaupun menyedari yang saya akan lambat sampai ke Perak, tetapi saya gagahkan juga langkah ini.

Tiba di Seremban, saya terkejut sekejap, Terminal 2??? kenapakah? mesti perjalan kaan menjadi lagi lambat, selepas bertanya kepada pemandu bas itu, kemana harus saya pergi selepas itu, saya terus ke Transit bas untuk ke Terminal 1. ngam, ngam sampai je kat tempat parking bas berkenaan, bas pun sampai, selepas menunggu penumpang yang lain turun, saya terus naik bas, apa lagi terus kena sound ngan pemandu india tu, "WEI, tak nampak ka bas baru sampai?". ermm... tukar 'aku' plak la.. hehe aku blur sekejap.. then if bas baru sampai.. apa salahnya naik terus.. rupanya, dia nak berehat, tak kisah la nak berehat, tapi tak ada bahasa langsung, mentang-mentang la bas transit tu free. dalam menunggu masa bas untuk bergerak, sy terfikir, bas transit ni satu je ke? agak lama saya menunggu, hampir setengah jam. Kemudian baru la pemandu itu datang.

ketika itu, sy berkenalan dengan seorang... cina?? sy berbual dengan dia, slang dia cakap melayu sama seperti cina bertutur bahasa melayu. Tiba di Terminal 1, sy terus ke stesen KTM, beli tiket ke Nilai. dalam perjalanan, saya berbual lagi dengan nya, dan kami berbual seperti biasa, antara perbualan kami ialah bertanya nama, nama dia Lok, dia tambah lagi "kalau buka locker ingat saya..", hehehe.. kemudian saya beri kad kerja saya kepadanya. kemudian kami berbual lagi, dia memberitahu sy, sempena Tahun Baru Cina dia akan pulng ke Vietnam, dari situ saya tahu yang Lok adalah warga Vietnam. Dia juga menceritakan sedikit pengalaman nya, dia dan kawan-kawannya datang kesini, 10 orang semuanya, tetapi yg masih belajar dalam 2,3 orang sahaja, yang lain 'berjalan-jalan'. erm... aku hanya ketawa sahaja. faham..

kemudian tiba di Nilai, saudara Chapo mengambil saya, dan kami ke rumah Musslim, seterusnya kami terus ke Perak.. pengalaman di Perak walaupun 2 hari, sangat bermakna, make some new friends and i'm really happy.. ^^V SHIAWASE DESU!!

No comments: